Pages

Sunday, October 7, 2012

luahan hati siri 2

Harini 7/10/12 , 7.08pm dh hampir setahun aku kerja kt singer wcy.. Aku ingat lg 1st time masuk pd 15/10/11 terasa kekok dan takut sbb risau xdpt nk catch up sbb singer guna sistem dia sendiri. Tp ALHAMDULILLAH setelah hampir setahun akhirnya aku dpt jg ikut wlwpun mmg ade yg masih blur2.. Tp akan aku cuba belajar dan belajar selagi khidmat aku masih diperlukan di situ...

Biasanya kalau aku dh sampai menulis di blog ni mmg perasaan xdpt dibendung lagi.. kat sini jela tempat luahan walaupun ianya mmg xelamat.

Hubungan dgn mohd rokhimi akhirnya berkecai macamtu je xtaula salah dan silap myb sbb jarak yg memsahkan kami..tp aku mmg xrasa sedih sgt kerana memang xde memori pn antara kami... tetibe hati yang kosong telah dicuri seseorang, dan orang tu jg telah buat aku jatuh cinta n syg padanya... tetapi dia hanyalah temporary sj n kami xkan berkhahwin ( kenapa?biarla hanya aku n dia je yg tahu ).. walaupun begitu aku still ade perasaan syg yg menebal utk dia.. setakat saat ni dialah segalanyanya tempat aku luah perassan suka n duka. .. Yang menjadi masalahnya sbb dia mmg ramai peminat..uwaaaa hati perempuan mana yg x sedih bila bf kita selalu keluar dgn perempuan lain... N perempuan tu (malay)  mmg menaruh hati kt dia . walaupun dia xde hati  tp aku mmg tahu perempuan tu mmg suka kt dia melaui penceritaan dia kat aku... Bkn setakat perempuan tu je malah staff dia pn jatuh hati kat dia jgk...apelah nasib aku selalu je memendam perasaan sorang diri.. Dhla kami jarang jumpe n susah nk jumpe n boleh plak dia minta kebenaran aku nk keluar dgn org lain... niat hati mmg xnk bg tp apekan daya itu hak dia..dgn siapa dia nk berkawan...biarla..Tp serius aku ckp bila dia minta persetujuan aku utk keluar dgn perempuan tu hati aku luluh/hancur berkecai.. sehingga saat aku tgh taip ni pun perasaan dilukai masih terasa..aku tahu dia xde hati pn dkt perempuan tu tp aku takut aku kehilangan bf lg... xkan nk ckp kt dia xboleh keluar sbb dia dh buat janji dgn minah tu... ermmmmm so aku ok kan je la... n aku terus silentkn hp kalau off tu nampak sgt aku merajuk n terasa hati.. YA ALLAH hati aku betul2 terluka..pedih n perit. sedihnya hidup macamni.. bila la hari bahagia aku akan tiba..atau mungkin ni balasan yg aku dpt utk dosa2 masa laluku...

Ya Allah kalu betul mmg xde orang betul2 sygkn aku n xde yg nk jadikan aku sbgai suri kau bgla aku peluang utk hidup sorang diri d bumi negara/negeri lain... aku betul nk tenangkan diri aku tanpa gangguan sesiapa mungkin dgn cara ni je aku boleh hilangkan masalah aku yg serabut ni... aku stresss.........

Monday, April 30, 2012

Luahan ku

30/4/12 , 11.02pm - harini hari paling stress aku rasa..wlwpn sblum ni pn aku dh stress.. tp hari ni aku trase nk luah kt blog ni sbb mmg xde org jenguk pn di blog aku ni..Mane xstress MS bg keje kt aku tp xsiap lg aku nk posting dia dh panggil..
         Ya ALLAH kenape berat sungguh dugan yang Kau berikan kepada ku Ya ALLAH.. aku xmampu nk hadapinya seorang diri..aku xde sape2 utuk aku berkongsi suka duka aku..yg aku tahu aku mmg byk pendam perasaan sndiri . SEDIH aku PEDIH bile aku tetibe je teringin nk view fb giey..sumpah aku mmg terkejut tgk gmbr2 kt wall dia ..mati2 aku ingt dia dh kaiwin..tp bile bc komen2 kt gmbrtu rupe2nye dia bertunang..mase time aku dulu mcm2 alasan ..mmg Suratan Takdir yg aku dan dia xde jodoh.. sampai bile pn aku xtahu bile aku akn buang n delete gmbr2 kenangan aku dgn dia ...sampai bile aku nk simpan gmbr tunang org..ermmm aku tau mmg salah aku dulu ..aku couple bfore masuk tgktn 6 lg..smpai aku thn 4 d umk..semuanya hancur maso aku praktikal kt krftgn..biarla bndatu aku dgn dia je tahu..aku rindu memori dgn dia suke duke wlwpn aku tau dia mmg byk berahsia dgn aku..knape hubungan dia baru stahun tp dh ikat dgn pertunangan..time aku 9 thn couple pn xdop pn citor pasal nk tunang..apetah lg nikoh.. nk mr umoh jupo family lg la xdop..biarla..mmg byk la alasan time dgn aku..
       arggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhh
bile aku bleh hilangkn stress ni..aku mmg dh de pengganti dia..tp xsame mcm time dgn giey dulu.. Mohd Rokhimi...xtaula perassan dia terhdp aku saatni..cll jrg2..msg pn kdg2..nk luah perassan pn xdpt..mcm xserius pn...tp aku trime dia seadanya..(sory b sbb syg xlayan b mcm couple2 lain...sbb syg pernah frust dgn someone.....( to be continue...)

Monday, March 5, 2012

stressssssssssssssssssssss

Tuesday, July 19, 2011

Makna di sebalik bunyi HON

Inilah al-kisah tentang bunyi ‘hon’…
Kalau korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang silap!!!
Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?
Percaya atau tidak…
Tahukah anda bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

Saya bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk anda sekarang. Please take note yer! hehe 
?          1 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “HAI” 
?          2 x HON PENDEK - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI” 
?          3 x HON PENDEK - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan) 
?          1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan 
?          2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE” 
?          4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;












TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”


Sponsored Links:

Rahsia Bantal




1)       Memeluk Bantal

   Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa
   Seni. Mereka
   Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap
   Lukisan, muzik Dan sastera.
   Perasaan mereka halus Dan jiwa mereka romantik.
   Kadangkala Ada yang
   Boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui
   Mimpi. Mereka
   Juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.


    2) Menggunakan Banyak Bantal

   Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam
   Kehidupan seharian
   Mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka
   Jarang membuat
   Keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan
   Pandangan orang lain.


   3) Tidur Dengan Satu Bantal

   Mereka bukan jenis mengada-ngada Dan boleh
   Menerima keadaan
   Seadanya. Mereka juga membuat keputusan
   Berdasarkan fikiran Dan
   Bukan nafsu semata-Mata.


   4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

   Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang
   Bergaul dgn
   Org ramai, malah kaku dalam pergaulan.. Ini
   Menyebabkan mereka
   Cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar
   Menempuh jalan pintas
   Untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


   5) Tidur tanpa Bantal

   Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat
   Tinggi.
   Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan
   Membawa kepada
   Sifat ego.


   6) Tidak punya bantal

    Kasihan betul... Pergi kedai belilah satu, bukanya Mahal pun..!!




Monday, July 18, 2011

Tak Nak Jadi Dewasa


Dulu, saya nak cepat-cepat jadi dewasa..
Boleh pakai kasut tumit tinggi..
Boleh melaram, make-up muka..
Boleh cepat kerja, sebab orang selalu tanya apa cita-cita..
Boleh pegi mana-mana saya suka..
Boleh bercinta..
Boleh balik rumah lewat malam..
Banyak bendalah boleh buat kalau dah besar ni.
Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo..
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul..
Saya dah lama dapat kunci 21..
Saya dah boleh mengundi..
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
Saya ingatkan seronok jadi dewasa ni..
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya..
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti..
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi oversea..
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi..
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamuk" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalForensic Evidence in Courts of Law..
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat tugasan dan macam-macam lagi.
Rupa-rupannya..
Jadi dewasa ni..
Kena matang..
Kena professional..
Banyak tanggungjawab..
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu..
Banyak essay nak kene tulis..
Banyak pakai duit..
Tak boleh emosional tak bertempat..
Kena cari makan sendiri..
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan..
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita..
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina..
And banyak lagi la kena, kena, kena, kena, kena dan kena.
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." [Surah Al-Baqarah; 286]

10 minit sahaja..


 Anda tertekan dengan masalah kerja yang melanda mahupun masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan setelah sekian lama? Rileks.. cuba anda ambil masa selama 10 minit dan lakukan salah satu antara aktiviti-aktiviti dibawah ini setiap hari.

1.      Berjalan
Berjalan kaki akan dapat menenangkan fikiran dan menyihatkan badan. Tahukah anda dengan hanya berjalan kaki, anda akan dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit kanses usus besar? Jika takut terkena sinaran matahari yang terik tidak perlulah anda bersusah-payah berjalan di taman-taman ataupun di jalanraya dibawah sinar mahatari terik. Window shopping di dalam pusat membeli belah juga merupakan satu terapi berjalan kaki yang nyaman!

2.      Meregangkan Badan
Kalau dulu nenek moyang kita turun ke sawah bendang untuk bekerja, generasi moden zaman sekarang kebayakkannya menyelesaikan tugas-tugas pejabat dengan menggunakan komputer. Komputer riba, komputer meja, telefon pintar, malah yang terkini pelbagai jenis Tablet di gunakan untuk menyelesaikan tugas-tugas pejabat dan bersosial. Sudah pasti badan akan menjadi letih, lesu dan sendi-sendi akan menjadi sakit oleh kerana terlalu lama menghadap komputer dan lain-lain. Maka, apa yang anda boleh lakukan, dalam masa 10 minit, cuba anda bangun daripada kerusi dan renggangkan tangan dan kaki anda. Kesan daripada renggangan, sendi-sendi yang tegang akan menjadi longgar dan oto-otot akan menjadi kendur. Insya-Allah anda tidak akan berasa sakit lagi dan boleh melaksanakan tugas dengan lebih selesa.

3.      Menulis
Jika dulu menulis hanya terhad di atas kertas ataupun didalam buku. Tetapi kini tidak lagi. Anda boleh menulis di dalam blog, facebook, microsoft words, twitter dan banyak lagi medium penulisan yang lain. Menulis dapat menajamkan pemikiran seseorang disamping mengukuhkanvocabulary seseorang itu. Tetapi, janganlah pula anda menulis sesuatu yang tidak elok, tidak sopan, menggugat keamanan negara dan racist. Siapa tahu mungkin juga dengan menulis anda dapat menjana wang dan menjadi seorang jutawan? Lebih baik sekiranya bahan penulisan anda dapat mendekatkan rakan-rakan anda dengan nilai-nilai murni Islam. Mudah bukan?

4.      Membaca
Membaca jambatan ilmu. Sedih sekiranya anda menjadikan sibuk sebagai alasan untuk tidak membaca sedangkan membaca dapat meningkatkan pengetahuan tentang sesuatu perkara. Mungkin anda telah menjadi seorang peguam, seorang doktor mahupun seorang jurutera yang berjaya tetapi anda sepatutnya berterusan membaca ilmu-ilmu lain agar anda dapat informasi mengenai perkara-perkara yang diluar bidang anda. Tetapi perlu diingatkan, usah membaca sesuatu tajuk itu daripada sumber yang sama sahaja. Selalunya, membaca daripada pelbagai sumber yang berlainan akan dapat menajamkan pemikiran kita lantas menjadikan kita seseorang yang bijak menilai baik dan buruk sesuatu. Oh ya, masih ingatkah lagi peristiwa ketika Nabi Muhammad S.A.W diajar Jibril untuk membaca? Jika tidak, anda boleh cuba membaca semula sejarah tersebut sekarang. :)
  
5.      Bercakap
Dalam masa 10 minit anda boleh mengeratkan hubungan sesama rakan anda dengan bercakap. Tanyalah khabar mereka dan kongsilah kisah anda dengan mereka. Tapi jangan pula anda lupakan keluarga dikampung halaman! Sudah-sudahlah gunakan kredit prabayar anda untuk menelefon si dia, daripada anda menjerumuskan diri anda kepada maksiat lebih baik anda telefon keluarga di kampung halaman yang sudah lama tidak anda temui. Sudah tentu mereka juga merindui anda. Lebih-lebih lagi raya sudah hampir tiba. 

6.     Mengemas
Saya akui, selama ini saya juga malas untuk mengemas. Kadang-kadang keletihan akibat terlalu banyak bekerja menyebabkan saya mengabaikan kekemasan persekitaran. Mulai hari ini marilah sama-sama kita rajinkan diri untuk mengemas kawasan rumah kita samada diluar, diruang tamu, didapur mahupun didalam bilik tidur. Tahukah anda, kajian daripada Universiti Indiana Amerika Syarikat mendapati mengemas rumah selama 3 jam dapat menurunkan kadar darah tinggi selama lapan jam! Ini bermakna jika anda ingin kekal sihat dan cergas, lakukanlah kerja kerja mengemas dengan ikhlas dan berterusan.

7.      Tidur Petang
Ha, saya pasti ramai yang suka dengan isi nombor 7 ni kan? Ya, tidur memang seronok lagi-lagi ketika hujan. Tetapi, tidur yang dimaksudkan disini bukanlah tidur yang berpanjangan dan berterusan diwaktu petang. Disini saya ingin menyatakan bahawa tidur petang yang dimaksudkan ini adalah tidur seketika sebelum zohor. Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:
 
 "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."  Tidur sebelum zohor ini sebenarnya dapat mempertingkatkan daya tumpuan. Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'.Demikian juga yang disebutkan olehDavid F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness':Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping'. Dr. James Maas, pakar dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. 

8.      Merancang
Dengan masa yang sedikit iaitu selama 10 minit, anda boleh merancang jadual mingguan anda. Dengan merancang, anda boleh mengelak daripada melakukan perkara yang tidak diperlukan, menjimatkan masa, tenaga dan mungkin menjimatkan duit. Hidup tanpa rancangan kebiasaanya mengundang musibah. Bayangkan anda pergi melancong tanpa rancangan khusus dan tiba-tiba anda terasa hendak ke sebuah pulau yang asing dan tidak berpenghuni, apabila sampai dipulau tersebut anda memasang khemah dan menukar pakaian, tetapi anda teringat anda langsung tak bawa makanan. Macam mana?

9.      Mengkaji
Kita berada di zaman yang penuh dengan kecanggihan teknologi. Mungkinlah dulu manusia yang malas memberi alasan untuk tidak mengkaji kerana pada masa itu tidak wujudnya komputer, google, wikipedia dan sebagainya. Tetapi sekarang untuk mengkaji anda cuma perlu duduk diatas kerusi, letak jari jemari anda di atas papan kekunci, tekan butang enter dan pap! semua maklumat yang anda ingin kaji akan terkeluar mengikut senarai. Mudah bukan? Jadi mengapa kata tidak?

10.     Berzikir,berselawat atau beristighfar
Masya-Allah. Tiada yang  lebih baik daripada mengingati Allah dan berselawat kepada junjungan-Nya. Ini tidak, kebanyakkan kita lebih gemar memaki hamun tatkala terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Mengapa tidak kita berzikir dengan nama Allah? Bukan sahaja diatas jalan raya malah dimana-mana sahaja. Baiklah, sekarang jam akan menunjukkan pukul 1 tengahari, ini bermakna sudah tiba waktu makan tengahari. Apa kata sekiranya kita semua berzikir dan berselawat bersama-sama selama 10 minit sebelum mula menjamu selera :)

Surat Dari Anak Mak yang Dah tak Nakal


Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil